Iblis.

*Perbualan* antara
*Rasulullah & iblis*…

*Rasulullah* bertanya :
*Apa yg kau rasakan jika
melihat seseorang dari
umatku hendak Solat*
*Iblis* menjawab :
*Aku merasa Panas
dinding dan Gementar*

*Rasulullah* :
“kenapa?”
*Iblis* :
“Sebab setiap seorang
hamba berSujud 1kali
kepada Allah, Allah
mengangkatnya 1 Darjat”

*Rasulullah* :
“Jika seorang umatku
berPuasa?”
Iblis* :
“Tubuhku terasa terikat
hingga ia berbuka”

*Rasulullah* :
“Jika ia berHaji?”
*Iblis* :
“Aku seperti orang Gila”

*Rasulullah* :
“Jika ia membaca
Al-Quran?”
*Iblis* :
“Aku merasa meleleh
Laksana air timah di atas
Api”

*Rasulullah* :
“Jika ia berSedekah?”
*Iblis* :
“Itu sama saja org
tersebut membelah
tubuhku dgn gergaji”

*Rasulullah* :
“Mengapa boleh begitu?“
*Iblis*:
”sebab dalam sedekah
ada 4 keuntungan baginya,
iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan
menjadi hijab antara
dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam
musibah akan terhalau dr
dirinya,

*Rasulullah* :
“Apa yg dapat mematahkan
pinggangmu?”
*Iblis* :
“Suara kuda perang di jalan
Allah.”

*Rasulullah* :
“Apa yg dapat melelehkan
tubuhmu?”
*Iblis* :
“Taubat org yg bertaubat”

*Rasulullah* :
Apa yg dpt membakar
hatimu?”
*Iblis* :
“istighfar di waktu siang &
malam”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt mencoreng
wajahmu?”
*Iblis* :
“Sedekah yg diam2”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt menusuk
matamu?”
*Iblis* :
“Solat fajar”

*Rasulullah* :
“Apa yg dpt memukul
kepalamu?”
*Iblis* :
“Solat berjemaah”

*Rasulullah* :
“Apa yg paling
mengganggumu”
*Iblis* :
“Majlis para ulama”

*Rasulullah* :
“Bagaimana cara
makanmu?”
*Iblis* :
“Dengan Tangan kiri dan
jariku”

*Rasulullah*:
“Dimanakah kau
menaungi anak2mu
di musim panas?”
*Iblis* :
“Dibawah kuku Manusia”

*Rasulullah* :
“Siapa temanmu wahai
iblis?”
*Iblis* :
“PenZina”

*Rasulullah* :
“Siapa teman tidurmu?”
*Iblis* :
“Pemabuk”

*Rasulullah* :
“Siapa tamumu?”
*Iblis* :
“Pencuri”

*Rasulullah* :
“Siapa utusanmu?”
*Iblis* :
“Tukang Sihir (Dukun)”

*Rasulullah* :
“Apa yg membuatmu
Gembira?”
*Iblis* :
“Bersumpah dgn Cerai”

*Rasulullah* :
“Siapa kekasihmu?”
*Iblis* :
“Org yg meninggalkan
Solat Jumaat”

*Rasulullah* :
“Siapa Manusia yg
paling membahagiakan
mu?”
*Iblis* :
“Org yg meninggalkan *
Solatnya* dgn Sengaja*”

*sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa *kelemahan Iblis*.

“* Nabi berpesan Sebarkan walau sepotong ayatku*”

Advertisements

Propoganda

Saya diberitahu bahawa PH telah mula menyebarkan propaganda berdasarkan penipuan yang tidak dinamakan sumber melalui WhatsApp – seperti apa yang berlaku sebelum PRU14.

Insya Allah. Ada netizen yang sudah muak dengan penipuan PH telah menyangkal “data dan fakta” PH. https://t.me/Pekembar

Saya kongsi di sini:
—–
☘ PERBEZAAN..
YG TELAH
DILAKUKN KERAJAAN PH.

☸ *Minyak RON95*
*_BN:_* RM2.36 pernah capai RM2.80

(*_Mana pernah sampai RM2.80 di bawah BN? Paling tinggi pun RM2.36. Itu pun untuk satu minggu sahaja. Sejak 3 tahun lalu ini, RON95 pernah jatuh ke RM1.60 untuk beberapa bulan – misalnya pada bulan Mac 2016_* https://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march )

*_PH:_* RM1.92 paling tinggi RM2.08.

(*_Ramai sudah lupa ke, RON95 pada bulan Disember 2018 adalah RM2.20 kerana Guan Eng kenakan cukai petrol 30 sen satu liter. Selepas Najib bongkarkan, Guan Eng terpaksa turunkan menjadi RM1.92 satu liter. Lepas tu naik balik lagi ke RM2.08 sekarang._*)

☸ *Bantuan Khas Pesara*
*_BN:_* RM250

(*_Siapa kata hanya RM250? RM500 untuk pesara dan RM1,000 untuk semua penjawat awam._*) Tengok sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/372335/bonus-penjawat-awam-pesara-hari-ini-najib

*_PH:_* RM500.

(*_Bantuan Khas penjawat awam hanya RM500 sahaja_*) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/510128/bayaran-khas-dibayar-esok-guan-eng )

☸ *BRIM*
*_BN:_* RM1200
*_PH:_* RM1480
_(Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120)_

(*_Di bawah BN, BR1M adalah RM2,000 untuk tahun 2018. Bukan RM1,200. Belum masuk lagi bayaran khas RM1,500 untuk anak penerima BR1M yang layak masuk ke Universiti. Lagipun, PH sudah mansuhkan BR1M untuk orang bujang, BR1M untuk orang yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000_*)

☸ *Biasiswa*
*_BN:_* 2016-2018 tiada peruntukan

(*_Ini pun ada orang percaya? Jika tiada biasiswa untuk 3 tahun, sudah kecoh satu Malaysia. Memang ada dan pada kadar lebih tinggi dari PH_*)

*_PH:_* RM3.8Billion untuk tahun 2019.
(*_Potong adalah. Mana ada tambah? MyBrain pun sudah mansuh_*)

https://suara.tv/08/11/2018/najib-jelas-perbandingan-penyusutan-biasiswa-dengan-graf/ )

☸ *Royalti Minyak*
*_BN:_* Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak..
_(bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walaupun bertanya ikut saluran)_

(_*Tiap-tiap tahun di bawah BN Terengganu dibayar royalti minyak RM210 juta_*:
https://www.malaysiakini.com/news/409570 )

*_PH:_* Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

(*_Mana pernah PH bayar royalti penuh? 20% royalti minyak sudah bayar ke?_*)

☸ *Plan bantuan FELDA*
*_BN:_* setiap tahun bayaran one-off RM700
*_PH:_* RM77juta untuk bayaran one-off, khairat kematian & elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

(_*Isu FELDA ini tak bayar PH tipu lagi. Peneroka2 yang kini menderita tahu siapa yang lebih baik. Semua rindu zaman BN. Yang RM77 juta itu nak bahagi 120,000 peneroka dapat berapa untuk elaun hidup? RM600 setahun?_*)

☸ *Tol*
*_BN:_* 5 tahun naik 2 kali _(PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)_

(_*Tol hanya naik sekali sahaja dalam tempoh 9 tahun Najib jadi PM iaitu pada tahun 2016 sahaja. Itupun tol pihak swasta. Semua tol di bawah Lebuhraya PLUS tak pernah naik selama 9 tahun Najib jadi PM*_)

(_*Banyak tol telah dimansuhkan di bawah Najib. Empat tol sahaja pada akhir tahun 2017 iaitu tol Batu Tiga, Tol EDL Johor, Bukit Kayu Hitam dan Batu Tiga dan tol Sungai Rasau. BN pun tak pernah janji manushkan semua tol dalam bandar._*)

*_PH:_* Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11pm-5am.
_(Dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi)_

(_*Janji nak mansuhkan semua tol. Kini mahu bagi diskaun tengah malam. Itupun belum buat lagi sudah mahu claim?)

☸ *Peruntukan sekolah daif*
*_BN:_* pembantu Rosmah seleweng RM4billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.

(*_Projek solar sekolah Sarawak mana ada sampai RM4 bilion? Itupun RM1 bilion bagi buat solar untuk setiap sekolah termasuk kos membekal diesel, genset dan penyelenggaraan untuk 380 sekolah tiap-tiap bulan untuk 5 tahun. Pembantu Rosmah didakwa terima RM5 juta dari pengendali projek. Mana datang songlap RM4 bilion itu?*_)

*_PH:_* RM1Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

(*_Ini lagi kelakar. RM1 bilion itu sebenarnya sudah diperuntukkan dalam Bajet 2018 BN. Tetapi, PH tak mahu bayar. PH hanya bayar selepas kerajaan Sarawak pinjam RM1 bilion kepada PH untuk PH bagi balik kepada Sarawak_*)
https://dayakdaily.com/tawaran-dana-rm1-bilion-kepada-kerajaan-persekutuan-adalah-niat-murni-kerajaan-sarawak/

☸ *Kos projek Mega*
*_BN:_* ECRL: RM71Billion (_*kos sebenar bawah BN RM55 bilion. Di mana datang RM71 bilion_*)
MRT3: RM31Billion
MRT2: RM39Billion

*_PH:_* ECRL: RM40Billion (_*Sudah buat ke? Skop apa telah potong?Belum buat jangan claim*_)
MRT3: RM15Billion ) (*_PH sudah mansuhkan MRT3 lah.. Apa kebodohan ini?_*)
MRT2: RM30Billion. (_*ini kerana bayak stesen sudah dihentikan dan saiz stesen sudah diperkecilkan. Ini bukan penurunan harga tetapi penurunan skop projek. Lain kali naik perbesarkan dan tambah balik stesen lagi mahal._*)

_*PROPAGANDA MENIPU PH masih diteruskan?_*

_*Sudah menang dengan fitnah. Selepas menang masih mahu tipu dan fitnah rakyat?_*

👍🇲🇾👌😁

Kencing.

View this post on Instagram

Sebenarnya, Menteri Kewayangan kita pernah mengaku bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah dia telah menjual tanah dan aset negeri yang bernilai sebanyak RM35 bilion. Pada masa itu, dia terdesak kerana sebuah NGO telah dedahkan bahawa tanah kerajaan telah senyap-senyap dijual secara rundingan terus, tanpa tender dan tanpa diumumkan kepada satu syarikat swasta dengan harga RM156 juta. Ramai yang berpendapat pada masa itu bahawa harga jualan RM560 satu kaki persegi untuk tanah Peel Avenue itu adalah jauh di bawah harga pasaran di antara RM1,000 hingga RM1,500 satu kaki persegi untuk tanah-tanah berhampiran. Sekian lama, dia sering menafikan bahawa DAP telah banyak jual aset negeri. Guan Eng denies his administration sold, traded away RM37 billion worth of assets since 2008 https://www.nst.com.my/news/politics/2017/08/265825/guan-eng-denies-his-administration-sold-traded-away-rm37-billion-worth TETAPI, oleh kerana telah terkantoi, Menteri Kewayangan terpaksa pertahankan diri dengan memberi alasan bahawa jualan tanah secara rundingan terus itu hanyalah 1% dari jumlah jualan aset dan tanah kerajaan negeri sebanyak RM35 bilion sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang. Banyangkan bahawa DAP boleh jual sebanyak RM35 bilion harta rakyat untuk sebuah negeri yang hanya ada 1.7 juta penduduk dalam tempoh 9 tahun sahaja – iaitu RM20,600 untuk setiap penduduk di negeri itu. Wang RM35 bilion itulah yang digunakan untuk membayar projek-projek tidak masuk akal seperti RM305 juta untuk kertas laporan terowong dan lebuhraya PIL berharga RM7.5 bilion untuk 19.5km – iaitu lebuhraya paling mahal dalam sejarah Malaysia pada harga RM380 juta satu km. Selama 9 tahun juga, belum nampak lagi satu aset baru yang dibina oleh mereka yang telah membawa sebarang keuntungan besar kepada negeri. Selepas mengaku jual aset RM35 bilion, Menteri Kewayangan pula memuji diri sendiri bahawa kewangan kerajaan Pulau Pinang dijaga dengan baik dengan memberi bukti bahawa rizab negeri sudah naik dari RM900 juta sebelum tahun 2008 di bawah BN kepada RM1.8 bilion. Ramai di Pulau Pinang telah tertipu pada masa itu.

A post shared by Dato NajibRazak Fan's (@najibrazak_fans) on